Saturday, January 30, 2010

GAMBAR CLIPART
















Salam tahun baru

rasanya belum terlambat saya mengucapkan salam tahun baru 2010 walaupun telah berlalunya januari. dah terlalu lama saya tidak update blog saya ni. yelah, banyak la alasan, sibuk dengan kerja, tugas di sekolah, rumah dan anak-anak.
saya ingin mewar-warkan di sini, bahawa saya sedang mengusahakan buku pembelajaran bertema untuk program pemulihan khas. kini, masih ada sedikit proses editing lagi, ini bertujuan untuk mengurangkan kos penerbitan buku, jadi harganya pun tak la mahal.

buku ini akan saya edit kepada 2 buku sahaja. buku 1 akan mengandungi 5 kemahiran iaitu abjad, KV KV, KV KV KV, KVK, V KVK. manakala Buku 2 pula bermual dengan kemahiran KV KVK, KVK KV, KVK KVK, KV KV KVK dan KV KVKK. setiap kemahiran, saya sediakan sebanyak 5 tema dan dalam setiap tema saya akan sediakan 6 latihan mengikut aras yang berbeza, juga disediakan kada gambar mengikut tema. jadi kad ini cikgu bolehlah laminate atau kreatifkan dengan cara tersendiri. senangnya mengajar menggunakan buku ini ialah kerana jika P&P pada hari itu bertemakan makanan (KVK), maka set induksi kita senang nak diarahkan ke mana mengikut hala tuju kita. kita boleh bercerita tentang makanan, merasa makanan, membuat aktiviti jual beli. semua ni pun boleh dilaksanakan dalam aktiviti p&p. ianya menyeronokkan dan menyenangkan. j

jadi, sesiapa yang berminat bolehlah sms saya di 019-3146794. namun peringatan, saya akan mencetak buku ini, jadi proses penghantaran mungkin mengambil masa sedikit.

Sunday, March 8, 2009

BACAAN BEGRED KV KV

BUKU
Ini buku.
Ini buku saya.
Bapa beli buku saya.
Bapa suka beli buku.
Saya suka baca buku.
Lili juga suka baca buku.
Kami baca buku sama-sama.
Kami baca buku di meja.



BAJU
Ini baju.
Ini baju Zaki.
Baju Zaki baru.
Baju Zaki baju biru.
Bapa beli baju itu.
Bapa bawa Zaki beli baju.
Zaki suka baju biru.
Baju biru Zaki baju raya.



KAKI
Ini kaki.
Ini kaki kiri.
Ini kaki kiri Sani.
Kaki kiri Sani luka.
Kaki kiri Sani luka kena kaca.
Bapa cari kaca di kaki Sani.
Bapa cuci luka Sani.
Bapa cuci luka guna jari.



LORI
Ini lori.
Ini lori Sami.
Lori ada roda.
Lori Sami lori baru.
Hari-hari, Sami bawa lori.
Sami bawa kayu guna lori.
Sami juga bawa batu guna lori.Sami suka bawa lori.



SUDU
Ini sudu.
Ini sudu mama.
Sudu mama sudu besi.
Sudu mama sudu baru.
Mama beli sudu di kota.
Mama beli lima sudu baru.
Mama suka guna sudu.
Saya juga suka guna sudu.

BACAAN BERGRED KV KVKK

BACAAN BERGRED KV KVKK


PISANG
Ini pisang.
Ini pisang Demang.
Demang tanam pisang di kebun.
Demang suka makan pisang.
Demang selalu suruh ibu goreng pisang.



KUCING
Ini kucing.
Ini kucing saya.
Nama kucing saya “Nining”.
Bulu kucing saya kuning.
Bulu kucing saya berbelang-belang.
Saya sayang kucing saya.


JAGUNG
Ini jagung.
Ini jagung manis.
Datuk tanam jagung manis di depan rumah.
Jagung manis sedap rasanya.
Saya suka makan jagung rebus dan bubur jagung.


BACAAN BERGRED KV KV KV

BACAAN BERGRED KV KV KV

MAMA
Ini mama saya.
Mama saya kerani.
Mama saya jelita.
Mama suka kebaya.
Mama selalu beli kebaya.
Mama jaga rapi busana kebaya.




KERUSI
Ini kerusi.
Ini kerusi Sarina.
Kerusi Sarina kerusi kayu.
Sarina selalu guna kerusi baca buku.
Jari Sarina cedera ketika bawa kerusi.




KEPALA
Ini kepala.
Ini kepala Rahimi.
Rahimi sepupu saya.
Rahimi dari negeri Melaka.
Rahimi selalu beli kemeja.
Rahimi beri kemeja kepada saya.





BUKU CERITA
Ini buku.
Ini buku cerita.
Saya selalu baca buku cerita.
Guru selalu baca buku pada saya.
Guru baca buku di tadika.
Guru baca cerita guna bahasa Melayu.




PETANI
Ini petani.
Ini petani lelaki.
Petani ada petola juga pegaga.
Petani ada tomato juga delima.
Petani bela kelisa.
Petani juga bela kerapu.
bacaan bergred KV KVK

BETIK
Ini betik.
Ini betik kakak.
Betik kakak besar.
Kakak beli betik di pasar.
Kakak belah betik itu.
Kakak makan betik itu.
Betik kakak rasa manis.

Kakak suka makan betik manis.


RUMAH
Ini rumah.
Ini rumah saya.
Rumah saya besar.
Rumah saya ada bilik.
Dalam bilik ada katil.
Rumah saya juga ada dapur.
Emak masak di dapur.

Saya suka rumah saya.


TELUR
Ini telur.
Ini telur ayam.
Ada tiga biji telur.
Kakak beli telur di pasar.
Kakak masak telur dadar.
Kami suka makan nasi dan telur dadar.



KASUT
Ini kasut.
Ini kasut Kamal.
Kasut Kamal kasut baru.
Kasut Kamal kasut kulit.
Kasut kulit Kamal mahal.
Bapa beli kasut itu di pasar.

Tuesday, March 3, 2009

PENGAJARAN BERTEMA

Sebenarnya, saya masih seorang guru GSTT dan mengikuti pengajian KPLI KDC di IPSMB, Terengganu. 18 Jan - 16 Apr 2009 adalah tempoh praktikum saya. lani, ngah praktikum lani ikikik. Saya mengamalkan pengajaran bertema bermula pada awal tahun ini, dan menakjudkan ia banyak membantu murid saya. saya akui, kadang-kala terdapat kekangan untuk sumber dalam pengajaran bertema sebabnya kita terhad kepada sesuatu kemahiran tetapi percayalah anda mampu membuatnya. pada mula sesuatu kemahiran, contohnya KVKV (murid telah boleh menyebut suku kata KV dengan lancar). maka, antara pengajaran bertema saya ialah :
  • bilik darjah
  • buah-buahan
  • sayur-sayuran
  • tubuh badan
  • barangan di rumah
  • perbuatan
  • sukan
  • manusia
  • haiwan

saya mulakan mengajar perkataan, kemudian apabila murid dapat menguasai perkataan, saya up ckit dengan rangkai kata kemudian saya sambung dengan ayat mudah atau bacaan bergred. BBM boleh direka sendiri oleh guru atau download saja di internet. kad gambar saya kebanyakkannya saya buat sendiri menggunakan clipart yang saya downloiad sendiri. penggunaan ABM banyak membantu (saya tahu semua guru-guru tahu kannn). Penggunaan kad juga membantu (pastikan kad cikgu tahan lasak dan pada masa yang sama menarik dan menggunakan font yang betul serta warna berbeza untuk suku kata). kad boleh dilaminate untuk penggunaan dalam jangka masa yang lama.

Cumanya, untuk kemahiran kvk dan kvkk, saya rasa cikgu-cikgu mengalami sedikit kesukaran. ini adalah contoh tema saya untuk kemahiran kvk :

  • barangan di rumah
  • keselamatan dan keceriaan
  • makanan
  • bilik darjah
  • pakaian
  • benda
  • benda hidup
  • kenderaan
  • dapur

sehingga itu dahulu, saya kena berhenti jap. almaklum la di rumah, saya kan isteri dan ibu, kenalah menunaikan tanggungjawab jap, jom p masakkkk....