Sunday, March 8, 2009

BACAAN BEGRED KV KV

BUKU
Ini buku.
Ini buku saya.
Bapa beli buku saya.
Bapa suka beli buku.
Saya suka baca buku.
Lili juga suka baca buku.
Kami baca buku sama-sama.
Kami baca buku di meja.



BAJU
Ini baju.
Ini baju Zaki.
Baju Zaki baru.
Baju Zaki baju biru.
Bapa beli baju itu.
Bapa bawa Zaki beli baju.
Zaki suka baju biru.
Baju biru Zaki baju raya.



KAKI
Ini kaki.
Ini kaki kiri.
Ini kaki kiri Sani.
Kaki kiri Sani luka.
Kaki kiri Sani luka kena kaca.
Bapa cari kaca di kaki Sani.
Bapa cuci luka Sani.
Bapa cuci luka guna jari.



LORI
Ini lori.
Ini lori Sami.
Lori ada roda.
Lori Sami lori baru.
Hari-hari, Sami bawa lori.
Sami bawa kayu guna lori.
Sami juga bawa batu guna lori.Sami suka bawa lori.



SUDU
Ini sudu.
Ini sudu mama.
Sudu mama sudu besi.
Sudu mama sudu baru.
Mama beli sudu di kota.
Mama beli lima sudu baru.
Mama suka guna sudu.
Saya juga suka guna sudu.

BACAAN BERGRED KV KVKK

BACAAN BERGRED KV KVKK


PISANG
Ini pisang.
Ini pisang Demang.
Demang tanam pisang di kebun.
Demang suka makan pisang.
Demang selalu suruh ibu goreng pisang.



KUCING
Ini kucing.
Ini kucing saya.
Nama kucing saya “Nining”.
Bulu kucing saya kuning.
Bulu kucing saya berbelang-belang.
Saya sayang kucing saya.


JAGUNG
Ini jagung.
Ini jagung manis.
Datuk tanam jagung manis di depan rumah.
Jagung manis sedap rasanya.
Saya suka makan jagung rebus dan bubur jagung.


BACAAN BERGRED KV KV KV

BACAAN BERGRED KV KV KV

MAMA
Ini mama saya.
Mama saya kerani.
Mama saya jelita.
Mama suka kebaya.
Mama selalu beli kebaya.
Mama jaga rapi busana kebaya.




KERUSI
Ini kerusi.
Ini kerusi Sarina.
Kerusi Sarina kerusi kayu.
Sarina selalu guna kerusi baca buku.
Jari Sarina cedera ketika bawa kerusi.




KEPALA
Ini kepala.
Ini kepala Rahimi.
Rahimi sepupu saya.
Rahimi dari negeri Melaka.
Rahimi selalu beli kemeja.
Rahimi beri kemeja kepada saya.





BUKU CERITA
Ini buku.
Ini buku cerita.
Saya selalu baca buku cerita.
Guru selalu baca buku pada saya.
Guru baca buku di tadika.
Guru baca cerita guna bahasa Melayu.




PETANI
Ini petani.
Ini petani lelaki.
Petani ada petola juga pegaga.
Petani ada tomato juga delima.
Petani bela kelisa.
Petani juga bela kerapu.
bacaan bergred KV KVK

BETIK
Ini betik.
Ini betik kakak.
Betik kakak besar.
Kakak beli betik di pasar.
Kakak belah betik itu.
Kakak makan betik itu.
Betik kakak rasa manis.

Kakak suka makan betik manis.


RUMAH
Ini rumah.
Ini rumah saya.
Rumah saya besar.
Rumah saya ada bilik.
Dalam bilik ada katil.
Rumah saya juga ada dapur.
Emak masak di dapur.

Saya suka rumah saya.


TELUR
Ini telur.
Ini telur ayam.
Ada tiga biji telur.
Kakak beli telur di pasar.
Kakak masak telur dadar.
Kami suka makan nasi dan telur dadar.



KASUT
Ini kasut.
Ini kasut Kamal.
Kasut Kamal kasut baru.
Kasut Kamal kasut kulit.
Kasut kulit Kamal mahal.
Bapa beli kasut itu di pasar.

Tuesday, March 3, 2009

PENGAJARAN BERTEMA

Sebenarnya, saya masih seorang guru GSTT dan mengikuti pengajian KPLI KDC di IPSMB, Terengganu. 18 Jan - 16 Apr 2009 adalah tempoh praktikum saya. lani, ngah praktikum lani ikikik. Saya mengamalkan pengajaran bertema bermula pada awal tahun ini, dan menakjudkan ia banyak membantu murid saya. saya akui, kadang-kala terdapat kekangan untuk sumber dalam pengajaran bertema sebabnya kita terhad kepada sesuatu kemahiran tetapi percayalah anda mampu membuatnya. pada mula sesuatu kemahiran, contohnya KVKV (murid telah boleh menyebut suku kata KV dengan lancar). maka, antara pengajaran bertema saya ialah :
  • bilik darjah
  • buah-buahan
  • sayur-sayuran
  • tubuh badan
  • barangan di rumah
  • perbuatan
  • sukan
  • manusia
  • haiwan

saya mulakan mengajar perkataan, kemudian apabila murid dapat menguasai perkataan, saya up ckit dengan rangkai kata kemudian saya sambung dengan ayat mudah atau bacaan bergred. BBM boleh direka sendiri oleh guru atau download saja di internet. kad gambar saya kebanyakkannya saya buat sendiri menggunakan clipart yang saya downloiad sendiri. penggunaan ABM banyak membantu (saya tahu semua guru-guru tahu kannn). Penggunaan kad juga membantu (pastikan kad cikgu tahan lasak dan pada masa yang sama menarik dan menggunakan font yang betul serta warna berbeza untuk suku kata). kad boleh dilaminate untuk penggunaan dalam jangka masa yang lama.

Cumanya, untuk kemahiran kvk dan kvkk, saya rasa cikgu-cikgu mengalami sedikit kesukaran. ini adalah contoh tema saya untuk kemahiran kvk :

  • barangan di rumah
  • keselamatan dan keceriaan
  • makanan
  • bilik darjah
  • pakaian
  • benda
  • benda hidup
  • kenderaan
  • dapur

sehingga itu dahulu, saya kena berhenti jap. almaklum la di rumah, saya kan isteri dan ibu, kenalah menunaikan tanggungjawab jap, jom p masakkkk....

PEMULIHAN MATEMATIK

Ini merupakan antara laman web untuk rakan-rakan kalau nak download atau print lembaran kerja matematik. Banyak dan pelbagai, menarik dan mudah, jadi cuba-cubalah intai dan tengok. Insyaallah, boleh guna dalam kelas kita dan memudahkan kerja kita. Selamat mencuba yek....


www.primaryworksheets.co.uk

www.kidzone.ws

www.gradebook.org

www.primaryresources.co.uk

www.dr-mikes-math-games-for-kids.com

PANTUN NASIHAT

Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding

Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah


Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya


Ramai orang membeli jamu
Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari penyuluh hidup


Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang


Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat


Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN KHAS

EMOSI DAN TINGKAHLAKU

1.Perasaan rendah diri
2.Perasaan risau
3. Sedih / hiba / duka
4. Cepat bosan / jemu terhadap pelajaran
5. Takut dengan perkara baru
6. Degil, tidak patuh arahan
7. Pasif
8. Malas



SOSIAL

1. Gelisah – tidak selesa dengan guru atau rakan
2. Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
3.Gemar menghisap atau menggigit jari / kuku.
4.Selalu tidak hadir ke sekolah dengan
pelbagai alasan.
5.Selalu menangis - enggan masuk kelas.
6.Hyper aktif – selalu bergerak dan menganggu
kawan.


KESIHATAN

Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
2.Tumbesaran tubuh badan tak seimbang
(gemuk/kurus)
3.Tumpuan perhatian terhad- masalah
penglihatan.
4. Lemah gerakan moto-kasar dan halus.
5. Kesihatan terganggu - seperti selalu sakit,
sakit terlalu lama dan teruk.
6. Kurang menjaga kebersihan diri.



KESEDIAAN BELAJAR

1. Belum bersedia untuk belajar.
2. Kurang perbendaharaan kata.
3. Lemah pemahaman.
4.Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
5.Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan
umur hayat.



PENGAMATAN

1.Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz,
warna dan turutan.
2. Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
3. Keliru konsep ruang dan mencari arah.
4. Lambat mengkelas benda.
5. Kesukaran menghubungkaitkan pelajaran yang lama
dengan yang baru.
6. Tidak dapat menyelesaikan masalah
7.Sukar ambil bahagian dalam permainan,
tidak faham undang-undang.
8. Tidak kreatif.
9. Lemah pergerakan dan perbuatan.
10. Lemah daya pemikiran.
11. Tidak boleh / lemah ingat kembali

Siapakah kanak-kanak Pemulihan Khas?

Ini adalah antara definisi kanak-kanak pemulihan khas yang saya ambil daripada koleksi jurulatih utama negeri, dari internet dan bacaan saya :

“ kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa.”
-AE TANSLEY DAN R.CULLIFORD-


“ kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang agak abstrak.”
-M.FCLOUGH-




“ kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan di bawah paras sederhana. Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang terlalu lemah (mentally retarded).”
-SHARIFAH RAHMAH ALI-

WAWASAN DAN MISI PENDIDIKAN NEGARA

WAWASAN DAN MISI SISTEM PENDIDIKAN
DI MALAYSIA BERMATLAMAT UNTUK
MENJADIKAN INSTITUSI DAN GERAK KERJA PENDIDIKAN
SEBAGAI PUSAT PEMBANGUNAN MANUSIA CEMERLANG,
SEBAGAI SUMBER PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI BANGSA, SEBAGAI ARENA PENYUBURAN WATAK MASYARAKAT PENYAYANG DAN SEBAGAI
KERANGKA PENGHAYATAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA”.

Visi dan Misi Program Pemulihan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPNT

VISI


SEMUA MURID TAHAP 1 BOLEH MEMBACA DENGAN LANCAR



MISI

MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DENGAN SEPENUHNYA BAGI MEREALISASIKAN SEMUA MURID TAHAP 1 BOLEH MEMBACA DENGAN LANCAR.

TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS

SENARAI TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS


1. Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari tahun 1 – 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid tahap satu.

2. Membantu guru-guru asas dalam perkara : mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan samada di kelas biasa atau kelas khas;
- merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pemulihan;
- mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan;
- mengajar bersama-sama dengan guru asas sekiranya keadaan memerlukan.

3. Berjumpa dan berbincang dengan guru asas/ibubapa/doktor/ pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai murid.

4. Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid-murid yang menghadiri kelas pemulihan dan merekodkannya.

5. Menjadi ahli jawatankuasa KBSR sekolah.

6. Lain-lain tugas yang diberi dari semasa ke semasa.

Monday, March 2, 2009

Ini lah puteri kesayangan saya. Masa ni baru berumur setahun. Comel tak?

SELAMAT DATANG

Selamat datang untuk yang sudi melayari blog saya ini.
Ini merupakan percubaan pertama saya untuk membuat blog untuk perkongsian ilmu dan idea dengan rakan-rakan berkaitan dengan pendidikan pemulihan khas. Almaklumla saya ni guru pemulihan khas, kini bertugas di SK Minda Talong (jangan tak pernah dengar) di daerah Dungun, Terengganu Darul Iman.